Tuesday, June 7, 2016

KUAT MENGHADAPI 3 PERKARA BAGI MENGELAKKAN KEGAGALAN

AWAS! dengan 3 perkara ini, RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN.
Setiap satu ini akan melemahkan kita dalam perjanalan mencapai kejayaan.
Sekiranya kita tidak kuat, kita akan berjumpa pula dengan KEGAGALAN.



💥RINTANGAN
💕Dalam perjalanan dari poin A ke poin B, dari permulaan sehingga matlamat, pastinya ada rintangan di hadapan.
💕Melihat orang lain yang sudah berjaya, mungkin kita hanya nampak kesenangan yang dikecapi.
💕Namun kita tidak melihat rintangan-rintangan yang bertahun-tahun dilaluinya sebelum berjaya.
💕Perjalanan mencapai kejayaan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Selagi kita tidak diduga, selagi itulah sebenarnya usaha kita tidak cukup.
💕 Untuk mencapai kejayaan yang berbaloi, dugaan dan cabaran akan sentiasa menjelma dan menggangu mereka yang lemah.
💕Yang tertewas adalah mereka yang putus asa apabila terjumpa dugaan pertama.
💕Mereka yang berjaya adalah mereka yang mencari peluang dan melihat penyelesaian di sebalik dugaan dan cabaran pertama dan yang seterusnya.

💥KRITIKAN
💕Untuk berjaya, kita perlu berubah dan keluar dari zon keselesaan kita.
💕Apa yang terjadi apabila kita melakukan ini adalah, kita juga akan keluar dari zon keselesaan “orang lain”.
💕Apabila orang lain tidak selesa, maka disitulah kritikan negatif bermula untuk menarik semula kita ke zon selesa “mereka”. Mereka tidak selesa dengan anda.
💕Sekiranya anda terjumpa dengan golongan ini, petanda untuk anda pergi jauh-jauh. Bukan sahaja secara fizikal pergi jauh mengelakkan mereka, tetapi juga pergi jauh dari segi kejayaan anda dan tinggalkan mereka jauh kebelakang.
💕Apabila anda mencapai kejayaan, suara-suara kritikan ini akan berkurangan oleh kerana mereka sudah jauh dibelakang anda. Jadikan ini sebagai motivasi dan semangat untuk buktikan mereka salah.

💥KESILAPAN
💕Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tambahan lagi bagi mereka yang mengejar kejayaan pastinya akan melakukan kesilapan demi kesilapan.
💕Kesilapan adalah guru yang terbaik untuk memperbaiki kan diri kita sendiri sekiranya kita mengambil iktibar daripadanya.
💕Bagi yang menjalankan perniagaan pastinya pernah melakukan kesilapan dalam promosi atau strategi yang tidak berkesan.
💕Saya sendiri melakukan banyak kesilapan di awal permulaan menjalankan perniagaan Internet sehingga hanya mendapat 3 pelanggan setahun sahaja!
💕Tetapi, apabila kita audit diri kita sendiri, akui kelemahan sendiri, analisa kesilapan yang dilakukan, dan perbaiki kesilapan itu supaya menjadi lebih baik, maka kita telah menang.
💕 Cara untuk memperbaiki diri adalah dengan belajar dari kesilapan.
Dalam mencari kejayaan, pastinya kita tidak akan lari dari tiga perkara ini. RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN.


Jawapan untuk memastikan kita tidak tertewas dengan keadaan ini adalah… USAHA YANG KERAS! ðŸ’ªðŸ»
📍Ada sesetengah orang, bila join sesuatu bisnes, dia akan bebetul buat sampai dia berjaya.
📍Ada juga sesetengah orang, bila join sesuatu bisnes, dia usaha, tapi bila tak menjadi, terus mengalah.
📍Ada juga sesetengah orang, bila join sesuatu bisnes, tanpa usaha, dia berserah je, berjaya ke tak berjaya ke dia tak peduli.
Rasa-rasanya, korang yang mana satu?
Saya ofcourse lah yang atas sekali tu ðŸ˜ s

Nk kongsi sket la..

👉🏻Sblm ni rmi mrungut klo gb n dinar byk tmpt xtrima gadai jd lbh elok buat loket n bk 999...
😊Smlm sy g survey kt kdai emas kt pattani...gb n dinar bile da jd bk wpun mutu 999...dorg xamik hrga ikut 999..die amik ikut 950 shj...huhu...😂😂
👉🏻jdi klo nk smpn utk g jual kt thai better gb n dinar asal la brbndg bk...
😍smoga brmnfaat..

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...