Tuesday, June 7, 2016

ZAKAT EMAS SIMPANAN, & JANGAN GIVE UP DALAM BERNIAGA


ZAKAT EMAS SIMPANAN

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.
Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.
Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17
ZAKAT EMAS PERHIASAN
Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.
Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :
Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) = 85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80
Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17



JANGAN GIVE UP DALAM BERNIAGA
truut truut masej berbunyi
"Kak.. saya give up la...
Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."
"Berapa lama dah meniaga?"
"Seminggu dah kak..."
(Kata seorang gadis dengan nada yang sayu)
.
Pesanan Ahkak :
Dik...kau bukan Siti Nurhalijah, sekali promote seribu orang nak beli.
Baru iklan dah ada org Pm
Baru promote dah ade yg masej.
Ambik masa nak bagi bg kepercayaan org pd kita.
Paling² kurang 3 BULAN
Tu pun kena rajin & istiqomah promote.
.
Saya pun kalau nak beli online, hanya dgb orang yang saya percaya ..
.
Customer ni Allah bg macam-macam ragam.
✔Ada yang tanya sekali, terus beli..
✔Ada yang tanya 18 kali tak beli2..
✔Ada yang pm tanya harga hari² beli nye tak penah sekali
✔Ada yang mintak no akaun, setahun lepas tu baru bank in nak beli .
✔ Ada yg pm tanya macam² berejam² last² nnt la nak tanya suami, mak ,nenek,nak minta restu ayah dan macam² ragam lg
Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?
Ingat senang ke nak meniaga hari² duit masuk dalam akaun?
Tak senang! Tapi tak mustahil..
Yakinlah ..
Rezeki ni datang dari Allah
Hati² manusia ni milik Allah.
awak nak apa² dr Allah pastikan awak minta dr Allah ..
Yang penting kita Berusaha
Dan jujur ðŸ†—😍😘
IloveyouAll
Please be strong !!

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...