Wednesday, January 11, 2017

APA ITU SPREAD? BERAPAKAH NILAI SPREAD ATAU PERATUS PERBEZAAN HARGA JUAL BELI EMAS DAN PERAK PWG?


Spread ialah tolakan harga atau susut nilai ke atas emas dan perak apabila kita menjual balik pelaburan (emas dan perak).
Pengiraan nilai spread ialah seperti berikut:
  
Harga Beli (PWG Sell) - Harga Jualan Balik (PWG Buy)    X 100%
                        Harga Beli (PWG Sell)

Di dalam perniagaan emas dan perak, syarikat akan mengenakan susut nilai ke atas nilai emas semasa apabila membeli balik emas keluaran mereka atau kelauran syarikat lain. Biasanya, nilai % susut nilai yang lebih tinggi dikenakan oleh peniaga emas sekiranya mereka membeli balik emas yang bukan keluaran syarikat mereka. Ini adalah kerana mereka terpaksa menanggung kos melebur dan membentuk semula emas yang akan dilakukan oleh syarikat lain.

Nilai % spread atau susut nilai emas dan perak keluaran Powergold bukan sahaja lebih rndah, tetapi ia juga sentiasa sama dan tetap pada bila-bila masa.

Nilai spread hanya diketahui apabila kita mengetahui berapakah harga jualan dan harga belian sesuatu syarikat. Walaubagaimana pun kebanyakan kedai emas hanya mempamerkan harga jualan emas mereka dan jarang sekali mereka mempamerkan kedua-dua harga jualan dan belian bagi sesuatu tarikh/masa kecuali jika kita rajin bertanya kepada taukey dan tuan punya kedai.

Ini menyebabkan emas yang kita jual telah ditolak dengan susut nilai yang tinggi tanpa kita sedari kerana kita masih juga mendapat untung kerana mereka membeli (bayaran yang diperolehi) masih melebihi modal asal semasa kita membeli emas tersebut beberapa bulan / tahun yang lalu. Tetapi apalah ertinya kita melabur dan menyimpan begitu lama sedangkan keuntungan yang sepatutnya kita perolehi lebih tinggi, diambil sebahagiannya secara percuma oleh taukey dan pekedai emas.

Rata-rata kedai emas mengenakan spread / susut nilai yang tinggi berbanding Powergold. Biasanya mereka mengenakan spread / susut nilai emas melebihi 15%. Ini belum mengambilkira jika emas tersebut rosak atau cacat seperti tercalar, bengkok, kemek dan sebagainya. Ini menyebabkan emas ditolak dengan spread/susut nilai yang lebih tinggi dan jangan terkejut jika kedai emas mengenakan spread / susut nilai sehingga 50%. Oleh itu, jika kita membeli emas atau perak, tanya dulu berapa nilai spread, adakah ianya tetap samada harga emas naik atau turun? Jika emas/perak tercalar, bengkok, terbuka pembalut adakah terdapat tambahan tolakan harga?
Apabila bercakap mengenai spread/susut nilai, kita akan menghadapi dua situasi iaitu.

Situasi Pertama
Syarikat yang menjual emas lebih murah tetapi mengenakan spread yang lebih tinggi dari Powergold
Harga yang murah menjadi daya penarik utama syarikat kerana kebiasaannya pelanggan mencari barang yang murah. Tetapi pelabur akan menghadapi kerugian semasa menjual emas tersebut kerana mendapat untung yang rendah setelah berpenat lelah menyimpan untuk sekian lama.

Situasi Kedua
Syarikat yang menjual emas dengan harga lebih tinggi dengan mengenakan spread yang sama/lebih rendah dari Powergold

Walaupun sukar ditemui syarikat yang menjual emas dengan nilai spread/susut nilai yang sama atau lebih rendah dari Powergold. Kalau ada pun (atau hampir sama) biasanya harga emas tersebut amat tinggi. Ini menyebabkan pembeli/pelabur menghadapi kerugian dari segi opportunity gain.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah dengan membeli emas / perak dengan harga yang murah dan spread / susut nilai yang rendah di samping faktor-faktor lain juga perlu dipertimbangkan seperti jaminan belian balik, mudah dijual kerana nama syarikat dikenali dan diyakini dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...