Wednesday, January 11, 2017

BAGAIMANA NAK MEMULAKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS DAN PERAK?



Ini adalah soalan yang sering ditanya kerana dah ramai yang berminat dan mula celik emas, tetapi tak tahu cara memulakannya.
Mudah saja....
MODAL

Pertama sekali tanya diri anda berapakah modal yang anda ada. Anda mungkin mempunyai modal dari simpanan tunai anda. Tahniah kerana anda memilih emas sebagai medium menyimpan kekayaan. Emas adalah aset yng kalis inflasi berbanding wang fiat. 

Cara paling mudah yang saya cadangkan adalah bermula secara kecil-kecilan dahulu seperti kata pepatah melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.

Mungkin anda boleh memulakan dengan membeli goldbar Powergold 10 gram atau 20 gram. Jika modal anda lebih kecil anda boleh membeli emas 1 Dinar Powergold (berat 4.25 gram) yang lebih murah harganya. Belilah emas mengikut kemampuan dahulu, insya Allah emas yang anda miliki itu akan menjadi daya penarik dan "ibu duit" bagi diri anda untuk memiliki emas yang lebih banyak pada masa hadapan.
Ramai orang bercakap menyimpan emas atau perak ini memang ada auranya yang tersendiri...sekali kita menyimpan insya Allah rezeki akan datang yang menyebabkan kita mampu untuk membeli dan menambah simpanan. Insya Allah. 
Tak percaya....cubalah......


Contoh : Dengan sendirinya sikap kita yang selama ini kaki boros dan mengalami kebocoran wang terutama nafsu yang membuak-buak apabila memegang cash di tangan akan berubah dengan berbelanja berhemah. Betullah kata orang tua-tua bahawa emas/perak memang ada aura.. Masakan tidak...logam ini berkali-kali disebut di dalam Al Quran. Tentulah ada perkara tersirat dan tersurat yang perlu kita kaji rahsia di sebalik logam berharga ini.....

BILA NAK BELI?
Masa yang paling sesuai untuk anda memulakan membeli dan menyimpan emas ialah SEKARANG. Jangan bertangguh hari esok atau lusa dan jangan hiraukan sangat samada harga emas turun atau naik kerana anda perlu memulakan langkah pertama kejayaan mulai sekarang dan harga emas tetap lambat laun akan naik juga tak kira berapa harga sekarang. Lagi cepat anda memulakannya lagi cepat anda akan dapat merasai pengalaman dan kejayaan.

DENGAN SIAPA NAK BELI?
Anda boleh membeli emas dengan saya kerana saya adalah agen sah powergold
Setiap pembelian akan disertakan dengan resit dan Sijil Ketulinan (Certificate Of Authenticity) yang di perakukan oleh FEDMAS .Harga jualan ialah mengikut  laman web yang tertera

"In POWERGOLD We Share, We Care"
PENERAJU EMAS MAMPU MILIK
Yodin GoldVision
Powergold Authorized Agent
SAVING | TRADING | NETWORKING
Whatsapp/Telegram +061117972983

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...