Wednesday, January 11, 2017

MANA LEBIH UNTUNG? BARANG KEMAS (EMAS PERHIASAN) ATAU JONGKONG EMAS?



Soalan begini sering ditanya oleh rakan-rakan saya dan orang ramai. Saya juga sering bertanya soalan tersebut ketika mula-mula terlibat dengan pelaburan emas. Jawapan saya senang saja iaitu:
"Kedua-dua barang kemas atau jongkong emas adalah aset dan Insya Allah pelaburan akan menguntungkan asalkan ianya adalah emas tulin dan bukan emas tiruan"

Ini  adalah kerana harga emas akan sentiasa naik dalam jangkamasa panjang. Oleh itu tidak perlu risau. Tetapi pelaburan melalui barang kemas keuntungannya lambat sedikit kerana susut nilainya (spread) agak tinggi antara 25% - 30% berbanding jongkong emas dalam kategori berat dan ketulinan yang sama.

Mengapa? Susut nilai barang kemas yang tinggi tersebut menyebabkan keuntungan diperolehi lama sedikit dan anda terpaksa menunggu sehingga harga belian balik melepasi/melebihi harga belian asal (modal pelaburan anda). Itu pun jika pergerakan harga emas di kedai emas dikeaskini mengikut pergerakan harga antarabangsa. Tetapi kebanyakan kedai emas tidak mengemaskini harga mereka mengikut pasaran antarabangsa dan hanya mengemaskini secara harian / mingguan / bulanan.



Pada pendapat saya, pelaburan melalui barang kemas (emas perhiasan) bukanlah pelaburan yang bijak jika dibandingkan dengan jongkong emas atau syiling emas. Ini adalah kerana barang kemas mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:

a) Kebanyakan harga barang kemas adalah lebih mahal. Kebanyakan kedai emas menjual harga mengikut FGAM (Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia).

b) Ada kos upah tukang (workmanship cost) yang bergantung kepada rekabentuk dan saiz barang kemas. Semakin sukar rekabentuk barang kemas makan semakin tinggilah kos upah.

c)  Susust nilai (spread) barang kemas secara amnya lebih tinggi berbanding jongkong emas dan syiling emas.

d) Barang kemas mudah rosak seperti putus, patah, bengkok, berlubang, kemek dan sebagainya. Jika berlaku begini tentulah kerugian bertambah. Sudahlah tidak boleh dipakai, kalau disimpan dikenakan zakat. Bila dijual pula kedai emas akan mengenakan susut nilai tambahan dan jangan terkejut kalau ditolak susut nilai sehingga 50%.

Contoh 
 Rantai putus dan gelang patah akan menyebabkan harga barang kemas jatuh harga


e) Susah nak gadai di Ar Rahnu jika barang kemas bercampur dengan permata kerana tidak boleh ditimbang dengan densimeter.


f) Anda juga akan kerugian jika barang kemas bercampur dengan permata kerana nilai belian hanya berdasarkan harga emas sahaja.


   Contoh barang kemas (cincin) yang      
   bercampur dengan permata. Jika dijual,
   kedai emas hanya ambil nilai emas sahaja

Oleh itu, jika membeli barang kemas, elok dicari barang kemas yang tidak bercampur dengan permata supaya boleh mamaksimakan pelaburan anda.

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...