Wednesday, January 11, 2017

PERSOALAN ZAKAT EMAS



1. Adakah emas yang dipakai dikenakan zakat ke atasnya?
Perlu dijelaskan di sini bahawa emas yang dipakai walau pun dipakai sekali atau sekali-sekala dalam tempoh setahun dikenakan zakat emas sekiranya ia melebihi uruf (nilai pemakaian setempat). Uruf pemakaian emas di Wilayah persekutuan adalah 150 gram. Kadar uruf pemakaian emas berbeza di antara sesebuah negeri.

2.    Adakah kanak-kanak yang mempunyai emas perhiasan turut dikenakan zakat?
Dalam syarat-syarat zakat tidak ada dinyatakan had umur (akil baligh) untuk menunaikan zakat. Syarat-syarat wajib zakat adalah Islam, Merdeka, Cukup Haul, Nisab, Milik Sempurna dan Nilai Berniaga bagi zakat perniagaan. Oleh itu bagi kanak-kanak yang mempunyai emasperhiasan dan melebihi uruf, mereka turut diwajibkan membayar zakat ke atas emas perhiasan tersebut. Namun begitu ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut hendaklah berperanan sebagai penaksir dan seterusnya membayar zakat bagi pihak mereka.

3.    Adakah barangan perhiasan di dalam rumah yang diperbuat daripada emas juga dikenakan zakat?
Barang-barang perhiasan sama ada yang disimpan di dalam rumah atau di pejabat (sekiranya melebihi 85 gram) juga dikenakan zakat ke atasnya kerana ia turut dianggapsebagai emas perhiasan. Emas perhiasan bukanlah semata-mata barang perhiasan yang dipakai oleh manusia sahaja. Oleh itu pengiraannya adalah seperti mana kiraan ke atas emas yang disimpan atau tidak dipakai sekiranya berat barang perhiasan tersebut melebihi 85 gram (nisab).

4.    Bagaimanakah dengan bayaran zakat emas tahun-tahun terdahulu, adakah perlu dizakatkan?
Sekiranya kita masih belum menjelaskan bayaran zakat emas pada tahun-tahun sebelumnya sedangkan kita layak untuk membayar zakat, maka wajib bagi kita untuk menunaikannya dan ianya disebut sebagai Qadha Zakat. Bagi yang tidak membayar zakat emas, hendaklah mereka memastikan berapakah berat emas mereka untuk tahun-tahun tersebut dan didarab dengan harga emas pada tahun tersebut seterusnya didarab dengan 2.5% untuk jumlah zakat yang perlu dibayar.

5.    Bagaimana pengiraan zakat untuk emas pelaburan dalam bentuk jongkong, dinar dan syiling emas?
Pengiraan zakat bagi emas pelaburan seperti dalam bentuk jongkong, dinar dan syiling emas adalah sama dengan kaedah pengiraan emas yang tidak dipakai (disimpan) iaitu berat emas pelaburan tersebut didarabkan dengan harga emas semasa (per gram) seterusnya didarabkan dengan 2.5%.

6.    Adakah emas yang dicagarkan seperti di Ar-Rahnu dikenakan zakat?
Emas yang dicagarkan tidak dikenakan zakat ke atasnya kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu milik sempurna. Sesuatu harta yang hendak dizakatkan perlu dimiliki sepenuhnya oleh pemilik harta tersebut.  Dalam hal ini hak pemilikan emas tersebut telah diberi kepada pihak Ar-Rahnu, jadi tiada lagi pemilikan sempurna ke atas tuan punya emas. Zakat akan dikenakan apabila cagaran berakhir.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT EMAS
a) Emas tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun jika melebihi 85 gram (nisab).
Formula kiraan zakat:
Berat emas tidak dipakai x Harga emas semasa (1 gram) x 2.5%
Contoh:
90 gram x RM121.18 x 2.5%
Jumlah zakat = RM272.66

b) Emas Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun dan melebihi uruf (kadar biasa pemakaian emas penduduk setempat) maka wajib dikeluarkan zakat atas lebihan dari nilai Uruf. Kadar Uruf di Wilayah Persekutuan adalah 150 gram.
Formula kiraan zakat:
(Berat emas dipakai - Uruf) x Harga emas semasa (1 gram) x 2.5%
Contoh:
(200 gram - 150 gram) x RM121.18 x 2.5%
Jumlah zakat RM151.48
"BERZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN JIWA"

No comments:

Post a Comment

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN POWERGOLD

POWERGOLD I-QUE MEMOREE POWERGOLD BEAUTY & HEALTH JUICE POWERGOLD CHOCOLATE POWERGOLD SHIFFA OIL POWERGOLD...